Sunday, November 14, 2010

Aktiviti pengajaran untuk murid kumpulan cerdas

Bahan bantu mengajar:
1. Air berwarna (contoh: warna merah)
2. Jug air
3. Botol
4. Gelas
5. Cawan
6. Papan carta
7. Kad gambar
   
                              
                      
       


Langkah Pengajaran

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil (4- 5 orang setiap kumpulan).
2. Murid dikehendaki memilih seorang ketua kumpulan.
3. Guru memberikan sebuah jug berisi air dan 5 biji gelas kepada setiap kumpulan.
4. Guru meminta murid menuangkan air ke dalam gelas-gelas yang diberi sehingga air tersebut habis.
5. Murid dikehendaki menampalkan kad gambar cawan di atas papan carta yang diberi mengikut bilangan gelas yang telah digunakan.
6. Guru menambahkan bilangan jug air pada papan carta dan meminta murid mengira bilangan gelas yang akan digunakan dan menampalkan kad gambar gelas mengikut bilangan gelas yang digunakan.
7. Langkah 3 hingga langkah 6 diulang menggunakan bahan yang berlainan iaitu botol dan cawan.
8. Guru meminta murid menampalkan hasil kerja mereka di hadapan kelas untuk dibentangkan oleh wakil       kumpulan masing-masing.

Papan Carta Pertama
                               
        Bekas yang digunakan
Bilangan unit penyukat
1 jug

  




1 jug air = ______  gelas

3 jug







3 jug air = ______  gelas


Papan Carta ke-2
                                         
  
1 botol










1 botol = _______ cawan

4 botol
















4 botol = ________cawan

Saturday, November 13, 2010

Aktiviti pengajaran untuk murid kumpulan lemah

Topik: 6. Isipadu Cecair                    
Subtopik : 6.2 Menyukat dan membandingkan isipadu cecair
Hasil Pembelajaran: 6.2.1 Menyukat dan membandingkan isipadu cecair menggunakan perbandingan menggunakan unit bukan piawai
 Aktiviti : 6.2.1 (i) Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai        
Bahan bantu mengajar : jug, air, gelas, botol, cawan, papan carta, kad gambar cawan, kad gambar gelas
                 












Langkah pengajaran:
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan  kecil ( 4 - 5 orang satu kumpulan)
2. Setiap kumpulan diberikan:
a.  Sebuah jug berisi air berwarna (contoh: warna merah)
b. 10 biji gelas
c. Sebiji botol
d. 5 biji gelas
e. Kad gambar cawan
f. Kad gambar gelas
g. Papan carta  
  
3.   Guru memberikan sebuah jug berisi air kepada setiap kumpulan.
4.   Murid dikehendaki menuangkan air daripada jug ke dalam gelas-gelas yang disediakan sehingga kesemua air habis.
5.   Murid dikehendaki menampalkan kad gambar gelas pada papan carta mengikut bilangan gelas yang telah digunakan.
6.   Murid dikehendaki mengira bilangan gelas yang telah di isi penuh dengan air.           
7.  Murid diminta mengisi jawapan pada ruang yang telah disediakan.
8.  Langkah 3 hingga  Langkah 7 diulang tetapi menggunakan peralatan yang berlainan iaitu botol dan cawan.
9.  Murid dikehendaki menampalkan papan carta masing-masing di papan hitam dan wakil murid dikehendaki membentangkannya.
10. Untuk meningkatkan pemahaman murid, guru boleh menggunakan peralatan yang berlainan seperti baldi kecil, silinder penyukat dan sebagainya.


Papan Carta

        Bekas yang digunakan
Bilangan unit penyukat
1 jug

  






1 jug air = _________ biji gelas
         Botol










1 botol = _________ biji cawan